Sunday, September 11, 2011

Teman


Tiba- tiba terdetik di hati saya ingin bercakap soal teman/ kawan/sahabat tidak kiralah bestfriend kah, teman dari kecil ,teman se- university dan teman sekerja.
Rasanya setiap insan di dunia ini mempunyai ramai teman yang berada jauh dan dekat, bila kita pergi ke sesuatu tempat yang baru pastinya kita berkenalan dengan kawan baru dan persahabatan pun bermula tapi adakah kawan kita itu betul-betul memang yang boleh dikategorikan sebagai kawan?…fikir2kan lah
Namun seperti yang kita biasa dengar teman ketawa senang untuk di cari tetapi teman menangis..memang susah nak dapat so dari situ kita akan faham siapa sebenarnya teman yang sejati ehhhwa…:)
Untuk menguji siapa teman menangis kita bukanlah susah, apabila musibah yang tidak dijangka berlaku ke atas diri kita tanpa kita pinta semua akan terjawab…
Contoh paling dekat ialah apabila kita di timpa masalah kewangan atau kesihatan , sakit yang teruk dan perlukan masa untuk sembuh, dari situ kita tahu siapa sebenarnya kawan, siapa mereka yang sudi melawat kita? Bertanya khabar? memberi kata-kata semangat agar cepat sembuh even a simple SMS sudah cukup tapi tidak semua manusia ingat untuk melakukkan itu.
Kita semua alpa dengan kesibukan hidup masing2,Kita sering lupa bahawa apa yang kita miliki dengan sekelip mata sahaja akan mudah di ambil oleh pencipta kita,kekayaan yang kita miliki, kemewahan, kegembiraan dan pastinya kesihatan sebab setiap sesuatu yang bermula darinya pasti kembali kepadanya. Tiada yang kekal di dunia ini semua adalah pinjaman semata-mata.

Oleh itu, beringatlah kepada mereka yang dalam keadaan tidak sempurna dan melalui saat kesusahan dalam hidup mungkin mereka memerlukan anda tanpa anda sedari sebagai teman..bagi mereka yang tergolong dalam jenis teman tersebut ( mula lupa teman atau pura-pura lupa dan sentiasa merasakan diri sibuk dan tiada masa)selamat beringat dan renungkannya(peringatan untuk diri sendiri)
p/s tiada kaitan kepada yang hidup atau sudah pergi Cuma perkongsian semata-mata..eppy reading.

2 comments:

Dida mumin♥ said...

True indeed! yeen..

kita kenal seseorang bukan saat senang sahaja tapi kita akan lebih kenal seseorang itu bila dalam kesusahan....

BOBOayeeN said...

sgt betul....