Sunday, December 9, 2012

Soal Hati

Biasanya soal hati merupakan perkara yang sukar untuk diperkatakan..bila mulut kata tidak tapi hati kata ya. Bertemu jodoh dan akhirnya Memilih pasangan hidup bukanlah perkara yang mudah untuk dibuat keputusan. Ada yang berkhawin awal dan berkeluarga..ada yang hidup bahagia namun ada juga yang sebaliknya..itulah rencana tuhan kali... Ramai orang bertanya diusia yang semakin meningkat ni bila kah tarikh “keramat” itu akan berlaku, aku hanya mampu tersenyum dan bergurau kerana aku sendiri tidak punya jawapan yang pasti. Jika dikatakan teda langsung yang ingin berkawan dan ingin mengenali aku, tipulah jawabnya tapi bagi sesiapa yang mengenali aku seterusnya mengetahui perjalanan hidupku dan bagaimana aku berhadapan dengan penyakit aku, Jauh di sudut hati mereka mungkin aku masih boleh di maafkan. Perjalanan mereka yang mungkin dipilih hidup bersamaku bukanlah suatu perkara yang mudah ku kira,,,hospital adalah rumah kedua ku sejak 9 tahun yang lalu sejak saya disahkan RA sakit sendi yang kronik dan perjalanan hidupku masih jauh dan masih mengharapkan sinar untuk sembuh seperti sedia kala. Aku ingin uruskan kehidupanku sendiri sebelum aku mengurus orang lain, tapi mungkin inilah yang dikatakan takdir belum bertemu jodoh dan yang pastinya hingga ke saat ini mereka yang benar-benar serasi dengan jiwa ku belum ada dalam senarai, bukan istilah jual mahal sebenarnya namun betulah kata orang jodoh yang tuhan ciptakan untukku belum ketemu. Bohonglah kalau perasaan sunyi itu tidaj hadir, tapi sememangnya hidupku sentiasa sibuk...saya sengaja mahu sibukkan diri saya dengan kerja dan pastinya ingin melancong...aku punya banyak impian dalam hidupku..terutama kerjayaku..mahu seperti orang lain yang berjaya dalam hidup..namun apa yang pasti semua itu rencana tuhan..aku pasrah dengan segala ketentuannya, Namun disebaliknya aku bahagia dengan hidupku yang tidak menyusahkan orang lain selain keluargaku...