INTAN SABAH
Almost 2 tahun berlalu saya tidak mengikuti sebarang krusus kerana bercuti panjang.
By the way baru-baru ni saya berkesempatan untuk berkrusus di INTAN, Sabah yang bestnya saya stay di hostel. Walaupun jarak dari rumah tidaklah jauh mana seperti jarak ke office yang lebih jauh, tetapi saya mengambil keputusan untuk saja ingin merasai dan menginap di hostel yang disediakan dengan kata lain mahu berehat dan tidur sepuas-puasnya.
06-09 March 2012 yang baru lalu saya menghadiri krusus “Perkhidmatan kaunter yang berbudi bahasa Bil 1/2012” glad to be there, kandungan krusus agak menarik dan boleh dikatakan banyak membantu dalam kerja di pejabat yang ramai dan selalu berhadapan dengan orang luar yang berurusan rasmi dengan jabatan dengan barisan kaunter, banyak perkara baru yang saya belajar dan yang pasti ia sedikit sebanyak membuka minda saya untuk berkembang maklum sajalah berehat panjang sedikit sebanyak telah membuat fikiran saya lembab dan tertutup. Masa krusus dari 8 am sampai 4 pm ja so malam tak ada apa-apa program, sempat jugalah saya meminjam buku dari perpustakaan INTAN untuk mengisi masa lapang waktu malam.
Penginapan iaitu hostel INTAN agak istimewa juga, ala-ala hotel jugala. Saya ditempatkan di asrama yang diberi nama MESILAU dan kebetulan rakan sebilik saya adalah orang Sabah berasal dari Kota Belud tapi bertugas di Jabatan Akauntan Bintulu .
Bercerita soal makanan rasanya memang superlah,boleh tahan, sedap, selalunya sea food dihidangkan , ikan besar-besar dan segar. Bagi kakitangan kerajaan yang belum pernah datang ke INTAN Sabah,Sila datang kerana kamu pasti tidak akan menyesal mungkin Cuma lokasinya agak jauh sedikit dari bandar dan agak susah untuk keluar berjalan pada waktu siang dan malam tanpa bantuan kenderaan seperti teksi.
Sekain, sekadar perkongsian..
Thursday, March 15, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
I Was Here Tokyo, Japan
Thank You Tokyo, Japan...U are great place to visit...No Regret..
-
Ada sahabat bertanya apakah beza antara 1) BT 2) BTE 3) BINTI ? Sejujurnya saya pun tidak terfikir akan masalah ini.. Bagi saya semua i...
-
Marian Rivera (born Marian Rivera Gracia on August 12,1984 in Madrid, Spain) is a Filipina actress and occasional singer-dancer. Recent...
-
Program ala MasterChef Australia.. Sabor ja la dengan cabaran dan kritian yang penting pengalaman tu yang paling mahal untuk menjadi tukang...