Monday, January 23, 2012

Dragon - GONG XI FA CHAI

Gong Xi Fa Chai for everyone...
Agak lama tidak menulis untuk blog, sejak kembali semula bekerja seolah-olah saya tidak punya masa untuk menulis, sekadar melawat blog sahaja, yang pasti saya rasakan kehidupan saya agak memenatkan kan kerana kesihatan saya belum pulih sepenuhnya tetapi saya tetap berjuang untuk meneruskan kehidupan saya.
Setiap hari adalah “gift” bagi kehidupan saya , dapat hadir bekerja merupakan permulaan yang baik bagi tahun yang baru dalam kehidupan saya.
Seperti tahun- tahun sebelumnya , Tahun Baru Cina adalah sambutan yang tidak pernah kami lupakan, Walaupun Datuk dan Nenek saya telah lama pergi tapi tradisi itu tetap di amalkan sekadar untuk tujuan berkumpul sesama keluarga sempena cuti perayaan, tidak di nafikan kami juga berdarah cina dengan siang “CHIN” tetapi sudah tidak lagi mengamalkan hal-hal keagamaan budha.
Namun begitu kami tetap merayakan dan berharap tahun “DRAGON” pada tahun ini membawa seribu satu kebahagian kepada keluarga kami biarlah segala memori pahit itu cuma menjadi sejarah pada setiap di antara kami, mulakan hidup yang baru dengan penuh semangat dan keinsafan.
SELAMAT TAHUN BARU CINA PADA SEMUA...