Saturday, February 11, 2012

Rumah Terbalik Di Sabah



Miss to write again...
Well last 05 Febuari yang baru lalu, saya berkesempatan untuk melawat place yang agak famous sekarang di newpaper dan laman-laman facebook iaitu “Rumah Terbalik” ,is advantages untuk saya kerana lokasinya tidak jauh dari rumah saya Cuma mengambil masa lebih kurang 30 minit boleh sampai ke sana. Ia terletak betul-betul dekat dengan jalan raya di area Tamparuli iaitu terletak di kampung Telibong.
Yuran masuk RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak dan budak sekolah. Menurut sumber ketika saya dan keluarga datang melawat ia baru sahaja hari ke 5 di buka...YIPPEE tidak heranlah berduyun-duyun pelawat dan ia dibuka untuk lawatan pada setiap hari bermula jam 8 pagi hingga ke 8 malam.
Kawasannya tidaklah terlalu luas, Cuma rumah yang dibuat ini memang agak unik bila semuanya dibina dalam keadaan terbalik malangnya keadaan dan gambaran sebenar dalam rumah tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, Cuma saya boleh kongsikan gambar-gambar yang diambil di sekitar rumah terbalik itu.
Bagi mereka yang agak sensitive, Kepala mungkin akan berasa agak rasa pusing dan pening . Ini mungkin disebabkan terlalu mendongak keatas melihat benda-benda yang berada di atas siling dan keadaan rumah yang dibina tidak begitu rata. Cuma bayangkan jika dunia kita terbalik benda-benda yang ada di depan kita sekarang di terbalikkan.
Barang-barang seperti katil, kusyen,peti sejuk,meja makan, tandas dan lain-lain berada diatas sedang kan kipas dan air con berada di bawah, unik kan. Apapun it a nice experience, salute dan Thaniah kepada pemilik “ The Upside Down House “ ini kerana ia mempunyai idea yang begitu kreatif, lagi memukau perhatian adalah kereta kancil milik tuan rumah juga di terbalik kan,Ini adalah rumah terbalik yang pertama di Borneo dan Negara kita Malaysia .
Untuk melihat sendiri kena datang merasai pengalaman yang hebat ini. Ia hanya berkeluasan dalam 140 kaki persegi sahaja.Di sekitarnya disediakan kedai cenderahati yang menjual T-shirt, gelas dan berbagai cenderahati kenangan untuk di bawa balik dengan potongan sebanyak 25% dan tandas umum untuk kegunaan pelawat.

SELAMAT MELAWAT
>





I Was Here Tokyo, Japan

Thank You Tokyo, Japan...U are great place to visit...No Regret..