Monday, January 2, 2012

Welcoming 2012


Happy New Year 2012 Everyone...
Tahun baru kali ini not same like the other year,banyak sangat hal berlaku jiwa ku terasa begitu kosong , kesedihan itu masih terlalu kuat , kecewa dan hampa masih bersarang. Jiwa seolah-olah berterbangan di awangan, fikiran kosong terlalu banyak masalah yang menghantui saya begitu juga dengan keluarga saya,satu demi satu dugaan datang dalam kehidupan kami,kadangkala rasanya tidak tertanggung tetapi kami pasrah dengan segala rencana dari yang Maha Esa,kini tahun baru menjelma tidak lain saya mengharapkan sinar baru dalam kehidupan saya dan pastinya untuk keluarga mahu melupakan tahun 2011 yang banyak menempah sejarah hitam dalam kehidupan keluarga kami.
AZAM?
Pastinya mahu lebih sihat dan kehidupan kami sekeluarga beransur pulih dan bersabar meniti hari-hari yang mendatang dengan tabah.
Apa pun saya mengharapkan tahun 2012 , semua ahli keluarga ku akan diberkati dan diberikan kesihataan yang baik,kurnia dan mukjizat yang tidak kami terbayangkan dari tuhan dan yakin bahawa setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri tanpa kami sedari dengan iman yang teguh kami pasti mampu mengatasinya.
AMEN
Again, welcome 2012

No comments: