Wednesday, January 9, 2013

Yakinlah PENGHARAPAN itu pasti ada...

Perjalanan hidupku pada awalnya seperti hidup orang lain juga..lahir sebagai insan yang normal dan hidup gembira, kehidupan kami sekeluarga adalah juga adalah sederhana..namun ketika usia melewati masa keadaan tiba-tiba bertukar apabila pada penghujung 2003..jari –jari kaki saya berasa tidak selesa dan mula sakit, boleh dikatakan kesemua jari saya sangat perit rasanya...dan itulah permulaan bagi suatu kehidupan sebagai pesakit RA iaitu sendi kronik...hu hu..ujian demi ujian dilakukan...ketika itu aku rasakan dunia ku gelap seketika...dan berharap ia akan berpenghujung... Tahun demi tahun aku lalui..kesakitan dan keperitaan sentiasa bersama ku..hospital sudah menjadi rumah kedua bagiku..ubat yang banyak dan silih berganti sampai tidak ada mood untuk makan namun pada ketika itu aku terpaksa dan hampir setiap hari makan “pain killer” untuk aku hidup ,terus berjalan dan bekerja sebagai pejawat awam..kehidupan ku yang agak perit, kesusahan ku untuk bergerak, kaki yang sentiasa bengkak amat membebankan jiwaku...jauh disudut hatiku aku bersyukur kerana walaupun dengan penderitaan yang sedang aku lalui ...aku masih punya kerja yang baik, ternyata Tuhan masih sayangkan aku..disebalik penderitaan ku aku punya kerja yang stabil dan tidak dapat aku bayangkan jika aku bukan penjawat awam pastinya saya suda jadi penggangur terhormat di rumah...Indahnya rencana tuhan bagi ku. Sebut pasal usaha untuk mencari penawar..tak dapat diungkapi..duit pasti dah beribu-biru melayang melayang.Ibubapa dan adik beradik berabisan duit untuk mengubati penyakitku dengan segala jenis perubatan, aku bersyukur kerana aku punya keluarga yang sangat indah. Keluarga,.ibubapa, abang , adik dan semua saudara mara yang tidak putus-putus menberi sokongan moral..tapi ini lah takdir tuhan untuk ku dan pastinya ini lah harapan yang aku cari.. Menjelang 2010..iaitu setelah 6 tahun menderita segala suka duka..tibalah di saat aku betul-betul terlantar di rumah,tidak mampu berjalan, tidak boleh bergerak, tidak boleh bangun ..hanya mampu menangis kesakitan... Aku masih ingat lagi setiap malam...air mata menjadi teman setia ku...dan sering bertanya kepada Tuhan kenapa aku dipilih untuk melalui semua dugaan yang sangat berat ni...2 tahun terlantar di rumah dengan berkerusi roda bukan lah sesuatu yang indah untuk dikenang tetapi kini aku boleh menarik nafas lega kerana akhirnya Tuhan memberi aku kehidupan kedua yang tidak pernah aku impikan selama ini,kerana aku pernah berfikir akan berkerusi roda sepanjang hayatku. Tahun 2011 merupakan tahun yang hebat...aku telah melakukan tiga kali pembedahan untuk mengantikan tulang-tulang sendi saya yang rosak dengan “implant”...wow jadi “Bionic Woman”...dan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk ku lalui..kesakitan itu, kesengsaran itu..dan banyak lagi...Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membiayai kos pembedahanku yang ku kira kini menjangkau RM100,000.00 termasuk ubat-ubatan ku. Betapa beruntungnya aku jika dibandingkan dengan orang lain yang tidak bekerja...hu hu Setelah hampir 10 bulan berehat dari pembedahan...dan sekali lagi NOV 2012..saya buat penggantian sendi pinggul lagi dan...sekarang suda empat (4) sendi dah bertukar dan yang pasti kehidupan ku tidak akan sama seperti saya yang dahulu kini saya perlu jauh behati-hati kerana besi-besi yang terdapat dalam kakiku... Walaupun begitu saya percaya..kehidupan saya akan kembali normal, walau penyakit yang saya hadapi masih alam kategori aktif sehingga kini dan tetap bergantung sepenuhnya dengan ubat dan enjection setiap minggu.... Namun Saya percaya...apabila kita berusaha dan dengan izinya kita pasti punya pengharapan ...Tuhan akan membantu kita dengan cara yang berbeza,,,percayalah..mungkin bukan hari ini, esok, lusa tapi pasti pengharapan itu akan datang yang pasti kita jangan putus asa dan sentiasa berharap. Jauh di sudut hati ku...tidak dapat ku katakan betapa saya berterima kasih atas pertolongan, doa dan sokongan daripada semua terutama bagi mereka yang tanpa saya sedari dan pastinya hanya tuhan yang mampu membalas segala kebaikan kamu semua... I love u all guys...

No comments:

I Was Here Tokyo, Japan

Thank You Tokyo, Japan...U are great place to visit...No Regret..