Friday, May 25, 2012
Wah Indahnya negeri ku...Sabah
Baru-baru ini saya turut serta dengan lawatan sambil belajar Jabatan saya ke Dairy Farm, Kundasang Sabah. Ladang tenusu lembu yang di buka pada tahun 1980 lagi di usahakan oleh Desa Cattle (s) Sdn Bhd dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah. Kedudukannya juga tidak terlalu jauh dari pekan kundasang dan memakan masa kurang dari 30 minit untuk sampai ke sana .
Kawasan ini berkeluasan lebih kurang 199 Hektar dengan baka lembu jenis Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia. Menurut sumber terdapat lebih kurang 680 ekor lembu tetapi setakat ini 220 yang boleh mengeluarkan susu.
Sebagai info lembu betina yang diternak disini adalah untuk mendapatkan susu dan dipasarkan setakat ini Cuma di Seluruh Negeri Sabah dan beberapa kawasan Sarawak sahaja memandangkan jangka hayat bagi susu yang telah diproses dan dikotakkan Cuma mampu bertahan dalam masa 10 hari,jadi cuba bayangkan...kena minum cepat kan..memang sangat sedap dan segar...kena cuba sendiri..
Dan bagi lembu jantan pula, bagi yang tidak diperlukan untuk mengawan ia akan dihantar ke ladang ternak di Lokawi, Kota Kinabalu untuk diternak menjadi daging segar untuk diexport ke seluruh Negara.
Berada disini seperti berasa diluar Negara kerana keadaan yang agak sejuk, nyaman dengan alam sekeliling yang agak menarik. Rumput-rumput yang ditanam juga menarik mata memandang, keadaan yang tenang harus dinikmati disini ala-ala New Zealand gitu..
Pengalaman yang paling indah juga bila kami berpeluang melihat susu lembu diperah menggunakkan mesin mekanikal untuk memerah susu yang dilakukan setiap hari jam 3.00 petang. Sungguh bersopan lembu-lembu itu berbaris ketika proses pemerahan dan sabar menunggu giliran.
Untuk pengetahuan juga yuran masuk ke sini dikenakan RM3.00 seorang dan dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga ke 5.00 petang, tapi rombongan kami masuk FREE je..disamping dapat minum susu free yang disediakan khas untuk kami( kena write in dulu lah dan berhubung dengan phak pengurusan) . Susu segar kotak juga dijual dengan harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan dipasaran. So agak ramai staff yang memborong untuk dibawa pulang ke rumah.
Lastly, kepada sesiapa yang berhajat untuk melancong ke New Zealand...datang ke Dairy Farm , Kundasang je....
Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I Was Here Tokyo, Japan
Thank You Tokyo, Japan...U are great place to visit...No Regret..
-
Ada sahabat bertanya apakah beza antara 1) BT 2) BTE 3) BINTI ? Sejujurnya saya pun tidak terfikir akan masalah ini.. Bagi saya semua i...
-
Marian Rivera (born Marian Rivera Gracia on August 12,1984 in Madrid, Spain) is a Filipina actress and occasional singer-dancer. Recent...
-
Program ala MasterChef Australia.. Sabor ja la dengan cabaran dan kritian yang penting pengalaman tu yang paling mahal untuk menjadi tukang...
2 comments:
tak payah ke NZ.. kat Kundasang pun menarik.. ;)
psstt: singgah dari blog The HasrulHassan
macam kamu pi new zealand...
Post a Comment